BELANJAWAN

|
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
 10 views
of 19

Please download to get full document.

View again

Description
PENGENALAN Setiap tahun kerajaan akan membentangkan perancangan dan peruntukan dalam setiap bidang bagi memastikan setiap pembangunan dan kemajuan negara dapat di capai. Ini adalah sebahagian daripada fungsi dan tugas kerajaan selaian daripada memastikan keamanan dan kemakmuran negara. Taraf sosioekonomi rakyat juga adalah satu cabang yang penting kepada kerajaan. Ini adalah kerana dengan adanya peningkatan dalam taraf sosioekonomi, sekaligus perkembangan ekonomi dan kemasukan pelabur asing juga
Share
Transcript
  1 PENGENALAN  Setiap tahun kerajaan akan membentangkan perancangan dan peruntukan dalam setiapbidang bagi memastikan setiap pembangunan dan kemajuan negara dapat di capai. Ini adalahsebahagian daripada fungsi dan tugas kerajaan selaian daripada memastikan keamanan dankemakmuran negara.Taraf sosioekonomi rakyat juga adalah satu cabang yang penting kepada kerajaan. Iniadalah kerana dengan adanya peningkatan dalam taraf sosioekonomi, sekaligusperkembangan ekonomi dan kemasukan pelabur asing juga menggalakan.Oleh yang demikian, kerajaan perlu meningkatkan semua kemudahan infrasrtuktur bagimerealisasikan segala keperluan dan kehendak rakyat seperti sekolah, jalan raya, hospital dankemudahan-kemudahan lain.Perancangan untuk kepentingan rakyat ini di adakan dan dilaksanakan dalamRancangan Malaysia Kelima dan juga pembentangan belanjawan.Belanjawan negara adalah proses yang di bentangkan setiap tahun dalam bulanSeptember atau Oktober. Sejumlah dana akan di peruntukan bagi setiap sektor mengikutkeperluan masing-masing bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan agensi-agensi yang terlibat. D EFINISI BELANJAWAN  Terdapat pelbagai definisi dan penerangan yang dapat menerangkan maksudbelanjawan. Menurut Perbendaharaan Negara, belanjawan di definisikan sebagai satupernyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang digunakan sebagai alatperancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluanrakyat. Belanjawan bukan sahaja merupakan satu perancangan untuk pentadbiran kerajaantetapi juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kedudukan ekonomi sesebuahkerajaan di samping member kesan kepada semua aktiviti sektor kerajaan, menurut IbrahimThamby Chek dan Rosli Samat (2006).Dalam Thamby Chek dan Rosli Samat (2006), menyatakan bahawa Freeman danShurulders (1999) mendefinisikan belanjawan sebagai satu proses pengagihan peruntukansumber yang kekurangan (scarcity resources) untuk memenuhi permintaan yang tidak terhad dimana ia melibatkan operasi kewangan dalam jangkamasa yang spesifik. Perancangan yang  2   hendak dilaksanakan perlu mengandungi maklumat yang jelas seperti jumlah, dan jeniscadangan perbelanjaan , matlamat atau tujuan dan bagaimana pembiayaan projek di peroleh.Berdasarkan definisi yang telah di nyatakan, belanjawan negara mempunyai lima tujuan asas,iaitu:i. Perancanganii. Perhubungan dan koordinasiiii. Peruntukan sumber atau danaiv. Pengawalan keuntungan dan pengoperasianv. Pengukuran prestasi kemajuan dan penyediaan insentif.Perancangan adalah asas bagi belanjawan. Ianya bertujuan untuk menyenaraikansegala keperluan yang di perlukan oleh setiap sekotr bagi mencapai objektif yang telahditetapkan oleh mereka. Dengan perancangan yang baik, dana yang diperlukan dapat digunakan sebaiknya dan di harapkan tiada pembaziran yang akan berlaku.Bagi perhubungan dan koordinasi pula, belanjawan digunakan untuk menjayakanperhubungan dan mengoordinasi segala perancangan yang telah di gariskan. Denganbelanjawan yang telah diperuntukan, dana yang ada dapat menghubungkan sektor terbabitdengan sektor lain secara tidak langsung bagi mencapai matlamat.Sumber atau dana juga merupakan asas belanjawan. Kerajaan akan menentukansumber atau dana yang perlu diperoleh bagi memantapkan belanjawan negara. Sumber ataudana itu merupakan pendapatan negara yang diperoleh daripada pelbagai sumber. Jika tiadaperuntukan dana atau sumber, maka kelancaran perbelanjaan negara akan tergugat danproses untuk meningkatkan taraf sosioekonomi juga akan terjejas.Melalui sumber atau dana yang diperoleh, maka akan wujud keuntungan. Keuntunganyag diperoleh perlu di kawal bagi memastikan ia dapat di gunakan dan di agihkan pada tempatyang sepatutnya bagi sistem pengoperasian.Setelah melalui empat asas yang utama, dan dana yang telah di belanjakan, dengan itupengukuran prestasi akan di lakukan dan penyediaan insentif perlu bagi meningkatkanproduktiviti selain daripada sebagai salah satu cara penghargaan.  3   K  EPENTINGAN BELANJAWAN  Belanjawan merupakan satu perancangan tahunan yang mempunyai kepentingantersendiri untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan agihan pendapatan yang adil dalamrangka kewangan yang mantap. Ia mengandungi perancangan ekonomi, kewangan dan sosialuntuk pertumbuhan berterusan serta menjamin agihan kekayaan negara dengan adil.Di Malaysia, belanjawan memainkan peranan penting dan utama dalam menjana ataumemulihkan kegawatan ekonomi negara, menghadapi cabaran ekonomi global dan jugamengatasi kekusutan ekonomi domestik.Menurut Prof. Dr. Jamal Ali dalam laman blog beliau menyenaraikan beberapa kepentinganbelanjawan kepada ekonomi negara iaitu:i. Ke arah pengurusan ekonomi yang cekap.ii. Pertumbuhan ekonomiiii. Mencapai kestabilan hargaiv. Sebagai mekanisme pengagihan yang lebih setara Ke arah Pengurusan Ekonomi Yang Cekap. Pengurusan ekonomi yang cekap bertujuan untuk mencapai matlamat pembangunan. Iamemainkan peranan penting dalam menjamin kedudukan kewangan dan imbanganpembayaran yang kukuh. Oleh itu, bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik, pihakswasta dan persendirian perlu memainkan peranannya sebagai jentera pertumbuhan manakalapihak kerajaan adalah penyokongnya. Sebagai contoh, untuk menggalakkan perkembanganekonomi, keperluan infrastruktur yang baik diperlukan. Oleh yang demikian padapembentangan belanjawan peruntukan tertentu diberikan untuk pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan pelabuhan. Pertumbuhan Ekonomi Kerajaan perlu menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yangdicapai melalui aktiviti-aktiviti dalam sektor pertama, kedua dan ketiga akan memberikanpendapatan dan pekerjaan kepada penduduk. Untuk membiayai pelaburan dalam ekonomi,tabungan diperlukan. Oleh yang demikian usaha menggalakkan tabungan persendiriandikalangan penduduk perlu diberi perhatian. Dari segi dasar belanjawan pula, dibuat  4   perbelanjaan ke atas kemudahan awam, perdagangan dan perindustrian, pengangkutan,perhubungan komunikasi dan pentadbiran awam. M encapai Kestabilan Harga Kestabilan harga dan kawalan inflasi turut diberi penekanan. Hasil daripada kekukuhanekonomi, peningkatan pendapatan berlaku. Akibatnya permintaan dalam negeri meningkat dan jika ia tidak diikuti dengan tambahan penawaran barangan, harga barangan akan meningkat(ditunjukkan oleh angka indeks harga pengguna yang meningkat). Ini memberikan satu kesanyang tidak baik terhadap ekonomi sesebuah negara. M ekanisme Pengagihan Yang Lebih Setara Pengagihan peruntukan perlulah bersesuaian dengan keperluan masing-masing. Untukmengurangkan perbezaan agihan pendapatan tersebut, kerajaan perlu membuat dasar belanjawan yang sesuai untuk mengagihkan semula pendapatan dari golongan yang kayakepada golongan yang miskin. FUNGSI BELANJAWAN  Belanjawan dapat berfungsi sebagai suatu alat dasar pengurusan sosioekonomi negara. Fungsiberkenaan di bahagikan kepada dua kategori iaitu:i. Belanjawan sebagai alat dasar fiskal.ii. Belanjawan sebagai alat pengurusan. B elanjawan Sebagai Alat Dasar Fiskal Merupakan satu dasar kewangan kerajaan yang bertujuan untuk mencapai matlamatmembangunkan dan menstabilkan ekonomi negara melalui pengurusan perbelanjaan yangberkesan. Ia adalah untuk memenuhi fungsi-fungsi berikut:i. Fungsi PeruntukanKerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan infrastuktur danperkhidmatan kepada rakyat.
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks