MEMASAK

|
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
 7 views
of 37

Please download to get full document.

View again

Description
TEKNIK-TEKNIK MEMASAK DAN JENIS-JENIS MENU PE N G E N A L A N MEMASAK merupakan satu aktiviti yang utama di kawasan perkhemahan. Setiap orang pengakap perlu makan dan minurn. Apabila berada di sesuatu perkhemahan seorang pengakap perlu memasak makanan. Sebelum menghadiri sesuatu perkhemahan pemimpin pengakap perlu mengenalpasti sistem memasak yang akan dilaksanakan dalam perkhemahan. Keputusan ini penting kerana untuk persediaan peralatan memasak seperti periuk, kuali, dan ceret yang sesuai den
Share
Transcript
  TEKNIK-TEKNIK MEMASAK DAN JENIS-JENIS MENU PENGENALAN M EMASAK  merupakan satu aktiviti yang utama di kawasan perkhemahan. Setiap orang pengakap perlu makan dan minurn. Apabila berada di sesuatu perkhemahan seorang pengakap perlu memasak makanan. Sebelum menghadiri sesuatu perkhemahan pemimpin pengakap perlu mengenalpasti sistem memasak yang akan dilaksanakan dalam perkhemahan. Keputusan ini penting kerana untuk persediaan peralatan memasak seperti periuk, kuali, dan ceret yang sesuai dengan bilangan peserta. Dua sistem memasak yang boleh dilaksanakan di perkhemahan iaitu: MEMASAK SECARA BERPUSAT Memasak secara berpusat dilaksanakan di jambori dan perkhemahan biasa pengakap.Memasak secara ini memerlukan periuk dan kuali yang bersaiz besar. Tempoh masa untuk memasak juga lebih lama. Kebiasaannya perkhemahan yang dihadiri oleh Pengakap kanak-kanak, pemimpin perlu memasak makanan bagi ahli berkenaan. MEMASAK SECARA KUMPULAN Kebiasaannya sistem memasak secara kumpulan diamalkan dalam pergerakan pengakap.Tugas memasak dilaksanakan sendiri oleh ahli dalam kumpulan berkenaan. Memasak secara ini lebih cepat, mudah pengurusan dan pengalaman serta kemahiran memasak dapatdilatih di kalangan pengakap.  WAKTU MASAK DAN MAKAN Waktu memasak ditentukan oleh pemimpin. Pemimpin perlu menentukan waktu masak dan diberitahu kepada setiap ahli yang menyertai perkhemahan tersebut. Penentuanwaktu masak juga perlu dilakukan supaya tidak bertembung dengan aktiviti lain. Padakebiasaannya waktu memasak dilakukan pada pukul 6.30 hingga 7.30 pagi, 12.00 tengaharihingga 2.00 petang dan 6.30 petang hingga 7.30 petang. Waktu memasak air, diberikankebebasan kepada pengakap untuk melakukan iaitu apabila sahaja waktu terluang. Waktu 1  makan juga perlu ditentukan iaitu selepas makanan masak.Setiap orang pengakap perlu tahu memasang dapur dan menghidupkan api. Kebanyakankumpulan pengakap sekolah telah membawa dapur gas ke kawasan perkhemahan. Apabilamenggunakan dapur gas di kawasan perkhemahan, pemimpin perlu memastikan supayakeselamatan ahli pengakap yang menggunakannya terjamin. Beberapa langkahkeselamatan boleh dilaksanakan oleh pemimpin semasa memasak, antaranya ialah; (a) Jangan memasak berhampiran dengan khemah( b) Apabila angin bertiup ke arah khemah, bina penghadang angin.(c)Padamkan dapur sebaik sahaja selesai memasak. Semua puntung kayu apidipadamkan terutama berkhemah di kawasan hutan dan waktu kemarau (d) Jauhkan bahan-bahan mudah terbakar di kawasan dapur  (e) Jangan letakkan bahan beracun di kawasan tempat memasak. MENGHIDUPKAN API Sekarang kebanyakan keluarga menggunakan dapur elektrik atau dapur gas untuk memasak makanan. Pernahkah anda diberi peluang menyalakan api dengan menggunakan anak mancisdan kayu api? Kemahiran menghidupkan api menggunakan anak mancis dan kayu sangatmustahak terutama sekali apabilamenghadirisesuatu perkhemahan di tempat yang jauh.Di perkhemahan anda perlu mengetahui cara menghidupkan api dan menyusun kayu supayaapi cepat menyala. Jika seseorang tidak dapat menghidupkan api, sudah tentu merekakelaparan sepanjang masa. Lord Baden Powell dalam bukunya Scouting for  Boys menyatakanorang yang dibesarkan di negara maju tidak mempunyai latihan langsung untuk menjaga dirisendiri semasa berada di tempatjapang, mereka tidak dapat membuat sesuatu beberapa lamadan terpaksa menghadapi berbagai-bagai masalah dan kesukaran.Situasi seperti yang dijelaskan oleh Lord Baden Powell bukan sahaja akan berlaku di negaramaju. Kejadian yang sama berlaku di negara kita, hasil pengalaman penulis sendiri secarakebetulan. Pada tahun 1980 satu rombongan lawatan sambil belajar telah diadakan olehsekumpulan pelajar di bawah pengawasan penulis ke Rantau Abang. Rombongan ini telahdibahagi kepada dua kumpulan mengikut jantina. Secara kebetulannya kumpulan pelajar  perempuan terdiri daripada pelajar yang tidak memasuki kumpulan pandu puteri dan 2   pengakap (sekolah ini tidak menu-buhkan kumpulan pandu puteri atau pengakap perempuan). Kumpulan kedua terdiri daripada pelajar lelaki. Apabila waktu memasak,semua pelajar perempuan tidak boleh menghidupkan api dan memasak nasi di kawasanterdedah atau ditepi pantai dengan menggunakan kayu api. Sebaliknya pelajar lelaki dapatmenghidupkan api dengan senang dan cepat. Mereka dapat memasak nasi dengan sempurna.Keadaan ini terjadi kerana pelajar perempuan tidak didedahkan dengan kemahiranmenghidupkan api di kawasan tanah lapang. Implikasi kejadian ini menggambar-kan bahawamereka yang memasuki pengakap lebih beruntung kerana diberi peluang mengendalikanhidupnya sendiri.Kemahiran menyusun kayu api sangat penting supaya api cepat menyala dan dapatmenjimatkan anak mancis. Apabila menghidupkan api, umpan hendaklah disediakanterlebih dahulu. Umpan ini boleh diperbuat daripada daiin, rumput kering atau ranting kayuyang kecil. Rumput, daun clan ranting perlu diramas-ramas supaya lembut dan mudahmenyala. Umpan hendaklah diletakkan di bahagian bawah sekali. Kemudian susun denganranting kayu yang kecil dan semakin besar di bahagian atas. Nyalakan umpan dengan cermat.setelah ranting kecil menyala, letakkan ranting besar di atas nyala itu perlalum-lahan. Kayu yang besar perlu bagi membolehkan api menyala dengan lebih lama. Apabila menghidupkan apidi kawasan pantai atau berangin, sediakan perlindungan bagi menahan angin yang bertiup. 3  1) Memasak di Luar 1.1) Kayu Yang Sesuai Perkara utama yang mesti dipelajari oleh setiap ahli berkhemah ialah bagaimana hendak mencari kayu yang benar-benar kering. Pengetahuan ini memerlukanlatihan. Anda mesti belajar bagaimana hendak mengenali jenis-jenis kayu dengan sekaliimbas. Pertama-nya, anda mesti tahu bahawa kita tidak boleh menggunakan kayu basahuntuk menyalakan unggun api — iaitu kayu yang sedang membesar dan mempunyaidedaun hijau atau tunas di atasnya. Kebanyakan pokok mempunyai dahan dan rantingmat! di atasnyayang terletak di bahagian bawah pokok, yang tidak mudah terkena cahaya matahari. Kayu yang dicari semasa mengumpulkannya ialah kayu kering ataumati yang masih berada di atas pokok. Anda mungkin akan melihat dahan yang telah patah dan mati di atas tanah, tetapi kesemuanya lembab disebabkan oleh kelembaban daritanah. Hal ini menyebabkan kayu-kayu itu susah menyala, dan walaupun anda dapatmenyalakannya, kayu itu akan banyak  mengeluarkan asap, dan asap ini akan memasukimata anda lalu menyebabkan anda merasa tidak selesa. Dahan mati berkulit kering, merekah dan warnanya lebih gelap daripada dahan-dahan hidup. Kadang-kadang dahan yang mati masih bercantum dengan dahan-dahanatau batang pokok, tetapi dahan-dahan mati yang besar senang dipatahkan jika anda me- rentapnya dengan kuat. Kerapkali anda akan menjumpai kayu mati itu tersangkut atauterperangkap di antara dahan-dahan hidup di atas pokok. Anda dapat mengambilnyadengan senang. 1.2   Bahan bakar atau kayu api Malaysia tidak kekurangan pokok kayu yang berkulit tebal. Pokok yanghampir mati biasanya akan menggelupas kulit arinya. Janganlah dikupas kulitkayu dari batangnya untuk dijadikan umpan api. Kulit-kulit kayu yang terkopak itu bofenfafi ditati dettgat? kapak. Jangan bimbang kalau bahagian luarnya berkeadaan 4
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks