Minit Mesyuarat Panitia Matematik 2

|
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
 10 views
of 5

Please download to get full document.

View again

Description
MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL 2 TAHUN 2011 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Tarikh : 27 April 2011 Masa : 2.45 petang Tempat : Bilik Mesyuarat Aspirasi Gemilang, SK Langkawi =================================================================== KEHADIRAN 1. Pn. Nor Salhana Bt. Mohd Arshad 2. En. Alias B. Bahadon 3. Pn. Hjh Rosnani Bt. Mohamed 4. Pn. Haryati Bt. Othman 5. Pn. Radziah Bt. Ayob 6. Pn. Nur Ainun
Share
Transcript
  1 MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIKBIL 2 TAHUN 2011 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Tarikh : 27 April 2011Masa : 2.45 petangTempat : Bilik Mesyuarat Aspirasi Gemilang, SK Langkawi=================================================================== KEHADIRAN  1. Pn. Nor Salhana Bt. Mohd Arshad Pengerusi2. En. Alias B. Bahadon3. Pn. Hjh Rosnani Bt. Mohamed4. Pn. Haryati Bt. Othman5. Pn. Radziah Bt. Ayob6. Pn. Nur Ainun Jariah Bt. Ahmad Setiausaha TIDAK HADIR BERSEBAB 1.   Pn. Fauziah Bt. Abd. Ghani2.   Pn. Mardiyana Bt. Ibrahim Agenda:1.   Perutusan Pengerusi2.   Laporan Pihak Atasan3.   Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu4.   Perkara Berbangkit5.   Headcount6.   Postmortem Ujian Mac7.   Penilaian Kurikulum Berkualiti (PKB)8.   KSSR, PPSMI, LINUS, Protim, PAM9.   Hari Matematik & Sains10.   Hal-hal lainAgenda 1: Perutusan Pengerusi 1.   Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana dapat meluangkan masa untukmesyuarat Panitia Matematik kali ke-2 selepas selesai Mesyuarat Kurikulum. (Makluman) 2.   Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat kali ke-2 ini adalah untuk berbincang mengenai post mortemujian Mac dan aktiviti Hari Sains dan Matematik 2011. (Makluman)Agenda 2: Laporan Pihak Atasan 3.   Pengerusi memaklumkan beberapa teguran ketika pemantauan oleh pihak PPD terhadap pengurusan failpanitia. Terdapat beberapa maklumat yang perlu dilengkapkan dan diisi. Tindakan: Setiausaha 4.   Pengerusi meminta setiausaha menyediakan satu fail khas untuk headcount. Tindakan: Setiausaha 5.   Pengerusi juga memaklumkan bahawa perancangan strategik Panitia Matematik perlulah lebih berfokusuntuk tahun semasa.  2   Tindakan: Ketua Panitia  6.   Pengerusi meminta semua guru Protim dan guru matematik Tahun 6 supaya menyediakan laporan Protimdan aktiviti Tahun 6. Tindakan: Semua guru Protim & Guru Matematik Tahun 6 7.   Pengerusi juga memaklumkan mengenai lawatan dari pihak JPN yang akan dilakukan pada bulan Mei. (Makluman)Agenda 3: Pengesahan Minit Mesyuarat 8.   Pn. Nor Salhana Bt. Mohd Arshad (Ketua Panitia) membentangkan minit mesyuarat 1/2011. Minit disahkantanpa sebarang pindaan.Cadangan: Pn. Haryati Bt. OthmanSokongan: Pn. Hjh. Rosnani Bt. Mohamed Agenda 4: Perkara Berbangkit 9 .   Pengerusi membentangkan mengenai perancangan aktiviti untuk Hari Sains & Matematik yang akandiadakan pada Sambutan Hari Ibu Peringkat Sekolah yang akan disambut pada 9 Mei 2011. (Makluman) 10.   Setiausaha memaklumkan mengenai Teknik Menjawab UPSR 2011 kali pertama bagi semua subjek akandijalankan pada 4 & 5 Mei. (Makluman)Agenda 5: Headcount 11.   Setiausaha diminta oleh pengerusi supaya mewujudkan satu fail untuk menyimpan maklumat mengenaiheadcount. Tindakan: Setiausaha 12.   Guru diminta untuk menghantar HC2 & HC3 yang telah siap kepada setiausaha untuk disimpan di dalamfail headcount. Tindakan: Semua guru Matematik. 13.   Pengerusi memaklumkan mengenai HC1 yang akan disediakan sendiri oleh Ketua Panitia. Tindakan: Ketua PanitiaAgenda 6: Postmortem Ujian Mac 14.   Semua guru diminta melengkapkan borang PM1 dan mengembalikan kepada Ketua Panitia. Tindakan: Semua guru Matematik 15.   Pengerusi memaklumkan mengenai maklumat yang perlu diisi oleh guru dalam borang PM1 ialahmengenal pasti kumpulan murid di dalam kelas dan mengenalpasti punca masalah pembelajaran bagisetiap kumpulan dan cara untuk mengatasinya. Tindakan: Semua Guru Matematik 16.   Pn. Radziah Bt. Ayob menyatakan kepada semua ahli masalah yang dihadapi oleh murid Tahun 5B dalammenjawab soalan Matematik ialah ramai yang gopoh dan cuai untuk menjawab soalan tanpa memikirkankehendak soalan tersebut. (Makluman)  3   17.   Pn. Haryati Bt. Othman memberikan cadangan supaya latih tubi diadakan terhadap murid-murid tersebutterhadap soalan yang secara turus dan kemudian ditukar kepada soalan bercorak berfikir agar muriddapat membiasakan diri dengan bentuk soalan. Masalah ini masih boleh diatasi sebelum murid melangkahke Tahun 6 pada Tahun 2012. Tindakan: Pn. Radziah Bt. Ayob 18.   Pengerusi mengumumkan keputusan keseluruhan Ujian Bulan Mac yang lalu adalah seperti berikut:    Tahun 6: Ada peningkatan kerana soalan agak mudah dan disediakan oleh PPD.    Tahun 5: Juga ada peningkatan berbanding ujian akhir tahun 2010 kerana murid hanya diuji dengan 2topik sahaja.    Tahun 3: Berbeza sedikit dengan keputusan murid Tahun 3 dimana berlaku sedikit penurunan yangmungkin disebabkan oleh murid tidak biasa dengan soalan berbentuk objektif.    Tahun 4 & Tahun 2: Tiada perbandingan dapat dilakukan kerana ada pertukaran murid di dalam kelas.    Tahun 1: Murid Tahun 1 tidak terlibat dengan Ujian Bulan Mac dan hanya akan dinilai secaraberterusan menerusi perlaksanaan KSSR. (Makluman) 1 9 .   Pengerusi memaklumkan mengenai modul Smart A/Pewajam yang telah diedarkan kepada semua muridTahun 6 yang bertujuan untuk membantu meningkatkan prestasi murid. Tindakan: Guru Matematik Tahun 6 20.   Pengerusi meminta semua guru Matematik Tahun 6 mengisi buku laporan penggunaan modul Smart A/Pewajam yang telah disediakan. Tindakan: Guru Matematik Tahun 6.Agenda 7: PKB (Pemantauan Kurikulum Berkualiti) 21.   Ketua Panitia mengingatkan kepada semua ahli bahawa bulan April adalah bulan untuk menghantar bukulatihan murid untuk semakan pentadbir dan jadual penghantaran boleh dirujuk pada senarai yang telahdiedarkan sebelum ini. Tindakan: Semua guru Matematik 22.   Ketua Panitia mengingatkan semua guru supaya menulis RPH dan juga refleksi pada setiap hari tanpamenunggu hujung minggu untuk menyiapkannya. Tindakan: Semua guru Matematik 23.   Ketua Paniti turut mengingatkan mengenai pemantauan P&P yang akan dilakukan pada minggu ke 3 dan juga ke 4 bulan April dan meminta supaya semua ahli sentiasa merujuk jadual yang telah disediakan. Tindakan: Semua guru Matematik  24.   Guru yang belum melengkapkan sudut Matematik di dalam kelas masing-masing diminta berbuat demikiansecepat yang mungkin kerana kad manila telah diedarkan untuk setiap guru oleh Ketua Panitia. Tindakan: Semua Guru MatematikAgenda 8: Protim, LINUS, PAM, KSSR & PPSMI 25.   Protim y   Masih diteruskan dan keputusan ujian pra Protim telah dihantar kepada PPD. (Makluman) y   Setiap guru Protim Tahun 4, 5 & 6 akan diberikan satu buku laporan aktiviti Protim dan ianya mesti diisikerana sekiranya ada pemantauan dari pihak PPD ataupun JPN, buku laporan tersebut akanditunjukkan sebagai perlaksaan aktivit Protim. Tindakan: Semua guru Protim  4   26.   LINUS y   Tahun 2: Seorang murid LINUS biasa y   Tahun 1: Dua orang murid LINUS biasa y   Guru LINUS Tahun 1 diminta meneruskan perancangan aktiviti LINUS seperti yang dirancangkan. Tindakan: Guru LINUS Tahun 1 & 2 27.   PAM y   Ketua Panitia meminta guru PAM untuk mengemaskini fail PAM sebagai persediaan pemantauan dariJPN. y   Keputusan ujian PAM yang telah dihantar tidak lengkap dan telah dipulangkan semula kepada pihaksekolah. Keputusan tersebut perlu disemak semula dan diperbaiki untuk dihantar semula kepada JPN. Tindakan: Guru PAM 28.   KSSR y   Pemantauan secara berterusan sedang dijalankan oleh guru KSSR. Tindakan: Guru Tahun 1 2 9 .   PPSMI y   Ketua Panitia memaklumkan PPSMI perlu dilaksanakan dan diminta semua guru bersedia sekiranyaada pemantauan dari pihak JPN atau PPD. Tindakan: Semua guru Matematik Tahun 2-6 y   Tahniah diucapkan kepada Pn. Radziah Ayob diatas laporan pemantauan P&P yang baik dari PPD.  (Makluman)Agenda 9: Hari Matematik & Sains 2011 30.   Ketua Panitia memaklumkan mengenai perancangan untuk mengadakan Hari Matematik & Sains 2011adalah pada 9 Mei 2011 selepas perbincangan bersama-sama dengan KP Sains, Pn. Norhanani Saaid.Ianya juga akan dijalankan serentak dengan Sambutan Hari Ibu Peringkat Sekolah. (Makluman) 31.    Antara aktiviti yang dipersetujui ialah: y   Explorace dengan check point yang memerlukan murid menyelesaikan soalan berkaitan Matematik danSains. y   Reuse 3D Model yang mana murid akan diminta membina Model 3D dengan menggunakan kotakterbuang (3D Blok). y   Teka bilangan gula dalam baling. y   Jualan Pakaian Terpakai yang mana ianya melibatkan konsep wang dan jual beli. y   Pertandingan Bijak Sifir. (Makluman) 32.   Semua guru Matematik akan terlibat secara langsung dan KP memohon kerjasama dari semua guruMatematik bagi menjayakan program tersebut. Tindakan: Semua guru Matematik 33.   Semua kos perbelanjaan bagi program Hari Matematik & Sains 2011 akan dikongsi bersama denganPanitia Sains. Tindakan: Ketua Panitia 34.   Senarai ajk akan disediakan oleh Ketua Panitia Matematik & Sains dan akan diedarkan dalam masaterdekat. Diharapkan semua guru dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Tindakan: Semua guru Matematik
Related Search
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks