laporan

|
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
 7 views
of 5

Please download to get full document.

View again

Description
bgh
Share
Transcript
  1 LAPORAN PROJEK INOVASI DIGITAL Tajuk projek yang telah kami hasilkan ialah “ Auras Day and Night”.  Projek ini merupakan satu siri pembelajaran yang dikhususkan untuk subjek Sains tahun 5 bagi murid kategori masalah pembelajaran di sekolah. Skop projek meliputi aktiviti yang dilakukan sepanjang hari pada waktu siang dan malam. Projek yang telah kami hasilkan ialah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid mengenai aktiviti yang harus dilaksanakan mengikut waktu kepada murid. Di samping itu, projek ini bermatlamat untuk membantu murid Pendidikan Khas dalam mengurus masa dan aktiviti dengan baik serta memberi pendedahan kepada mereka mengenai siang dan malam. Menurut Sauder et al. (2002), kaedah ini dianggap lebih berkesan kerana ia dapat mempromosikan pembelajaran aktif di samping meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar di bidang komputer. Pendekatan trialogikal merupakan satu aspek yang penting dalam penghasilan produk ini. Pendekatan trialogikal ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu monologikal, dialogikal dan trialogikal. Aspek monologikal merupakan seseorang individu itu menghasilkan dan mengeluarkan idea tersebut. Seterusnya ialah dialogikal ialah pertukaran idea dalam satu komuniti dan akhir sekali trialogikal ialah gabungan idea untuk menhasilkan satu produk yang bermanfaat kepada semua. Penghasilan produk ini ialah merupakan gabungan buku cerita dengan gadget masa kini. Ini merupakan satu buku yang mempunyai jalan cerita dan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh murid pada waktu siang dan malam. Kami telah menggunakan perisian Aurasma yang telah diberi nama baru iaitu ‘Hp Reveal’ untuk mengimbas gambar yang terdapat dalam buku tersebut. Aplikasi ini boleh didapati secara percuma melalui app store dan playstore. Dan bagi aktiviti penilaian kami telah menggunakan kahoot dan powerpoint untuk menguji tahap kefahaman mereka mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan. Di dalam buku ini juga terdapat gambar yang boleh di imbas bagi menunjukkan lebih kefahaman bagi murid mengenai aktiviti tersebut. Hal ini kerana, kecerdasan murid bukan sahaja kepada satu tahap kecerdasan akan tetapi mereka mempunyai kecerdasan yang pelbagai di mana kami telah memasukkan elemen visual, musik, kinestatik dalam penghasilan produk ini. Dengan ini murid bermasalah khas bukan sahaja dapat melihat malah mereka mampu mendengar dan melaksanakan pergerakan berdasarkan aktiviti yang telah di imbas menggunakan telefon atau gagdet yang disediakan.  Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan kefahaman murid dan mampu menarik minat mereka dalam pembelajaran.  2 Produk yang dihasilkan mampu digunakan untuk pelbagai bidang di sekolah seperti bahasa melayu, sains, matematik, english dan sebagainya. Ini kerana, ia berlandaskan konsep buku cerita yang telah digabungkan dengan teknologi semasa yang membolehkan ia menjadi satu produk yang serbaguna. Dengan ini ia dapat mengajar murid secara keseluruhan mengenai mata pelajaran lain seperti menulis ayat, membuat gambaran, menjana idea, melatih motor halus dan kasar dan sebagainya. Walaupun produk yang dihasilkan mampu menarik minat serta berguna namun terdapat beberapa aspek yang boleh ditambah baik untuk penghasilan produk yang lebih sempurna di masa hadapan. Untuk penghasilan buku tersebut perlu diletakkan dengan situasi yang lebih banyak supaya aktivit yang dilaksanakan pada waktu siang dan malam lebih jelas. Seterusnya, gambar tersebut apabila diimbas perlu lah selari dengan suasana aktiviti yang dilaksanakan semasa waktu siang dan malam. Dengan ini, murid tidak akan keliru dengan suasana yang dilksanakan pada malam dan siang. Disamping itu, buku cerita tersebut boleh dihasilkan dengan lebih mesra alam dan boleh dibawa kemana sahaja. Hal ini kerana, jika kita mempunyai buku yang mesra alam ia mampu dibawa kemana sahaja dan mampu memberikan satu nafas baru dalam aspek pembacaan buku selaras dengan teknologi yang pesat membangun. Secara kesimpulannya, projek inovasi yang telah kami hasilkan ia mendatangkan faedah kepada pelbagai pihak dalam menjayakan pdpc dalam bilik darjah. Ia juga menyebabkan pembelajaran secara aktif dan mengenali elemen-elemen ICT masa kini.   Disamping itu, ia mampu meningkatkan kefahaman murid dan kualiti pembelajaran yang dilaksanakan kerana mengabungkan dua aspek pembelajaran tradisional dan moden. Pelaksanaan Sekolah Bestari merupakan satu anjakan paradigma yang amat besar dalam sistem pendidikan negara (Mohammed Sani 2002). Oleh itu penggunaan seluas-luas nya ICT dalam pendidikan sangat penting untuk menjayakan usaha kerajaan ini.. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa elemen ICT sangat berguna selaras dengan peredaran zaman pada hari ini.  3 RUJUKAN Mohammed Sani Hj Ibrahim. 2002. Pengetua dan pembestarian sekolah. Kertas Kerja dibentangkan di dalam Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke- IX di Hotel Pan Pacific, KLIA, Sepang pada 16-19 Disember 2002. Sauder, D., Towns, M., Derrick, B., Grushow, A., Kahlow, M., Long, G., Miles, D., Shalhoub, G., Stout, R., Vaksman, M., Pfeiffer, W. F., Gabriela Weaver, G., & Zielinski, T. J. 2000. Physical chemistry online: Maximizing your potential. Chemical Educator   5: 77-82.  4 LAMPIRAN Rajah 1 : Gambar Projek Inovasi
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks